• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Barang Keperluan Percuma Untuk Anak Terengganu Di Free Market


Ahmad Razif bergambar (tengah) bersama Tengku Asmadi (dua dari kanan) bergambar kenangan dengan kanak-kanak seelepas mengagihkan `duit raya' kepada mereka, di Program Free Market Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.


Usaha kerajaan negeri menganjurkan Program Free Market Anak Perantau memberi manfaat kepada kira- kira 3,000 anak Terengganu yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur.

Pengerusi Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) yang juga pengasas kepada program berkenaan, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, dia seboleh-bolehnya akan menyahut saranan Menteri Besar yang mahukan program berkenaan diadakan lebih kerap dan dilanjutkan tempohnya.

Katanya, dia akan berbincang dengan lebih 5,000 ahli KADIM untuk melakukan yang terbaik dengan mengambil masa dan kerjasama pelbagai pihak.

"Bagi orang ramai pula, saya menyarankan agar terus menyumbangkan pelbagai kelengkapan dapur dan barangan keperluan harian yang masih elok untuk menjayakan program itu dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, "katanya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas program itu di perkarangan Pejabat Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir merasmikan Majlis Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Aidawati
Sementara itu, pengunjung dari Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Aidawati Ghazali, 38, yang berasal dari kampung Padang Midin bersama dua anak ke program itu semata-mata mahu mengetahui pengisian acara dan apa yang disediakan kerajaan negeri.

"Pada masa sama, saya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang disediakan secara percuma,"katanya.

Sementara Norfazilah Shafii, 37, dari Kampung Seberang Takir yang kini menetap di Shah Alam, selangor, berkata dia berharap program seumpamanya itu diteruskan pada masa akan datang kerana banyak manfaat diperoleh.


Norfazilah

"Pada masa sama apa yang yang disediakan melalui perkhidmatan kaunter T-Cakna cukup besar manfaat kepada anak perantau.

"Boleh mengetahui secara mendalam berkaitan pelbagai bantuan dan sumbangan yang disediakan kerajaan," katanya.

Tag: