• 21 Sept 2024 | 17 Rabiul Awal 1446

COVID-19: Tabung Covid-19 Terengganu Terima Sumbangan RM650 Ribu





KUALA TERENGGANU, 9 April- Sebanyak RM650 ribu disumbangkan kepada Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu daripada pemain-pemain industri dalam negeri.

Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyumbangkan RM500 ribu untuk membantu tabung berkenaan yang disampaikan oleh ahli lembaga pengarah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim.


Manakala, Eastern Steel Sdn Bhd dan Permint Granite-HCM Sdn Bhd masing-masing menyumbang EM100 ribu dan RM50 ribu kepada Tabung COVID-19 Terengganu.

Penyerahan tersebut disempurnakan dengan penerimaan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Terengganu bagi Menangani COVID-19 kali ke-5 di Wisma Darul Iman, hari ini.



Tag: