Pulau Perhentian Jadi Lokasi Paling Pesat Terima Kehadiran Pelancong Antarabangsa
Dr Alias Razak. |
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengesahkan perkara tersebut melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa dua yang diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, baru-baru ini.
Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyat Terengganu khususnya golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Menurut Dr Alias, sebanyak 991 keluarga yang menghuni PPR Hiliran, Kuala Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan kos penyelenggaraan selama dua bulan. Penangguhan ini akan diberikan pada bulan April dan Mei 2020 termasuk perkedaian.
"Ini adalah insentif penangguhan bayaran sewa PPR yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM173,765.00 sebulan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Tambahnya, melalui pakej rangsangan yang sama, sebanyak 10,809 keluarga yang tinggal di 77 projek RKR dan RMM di seluruh negeri Terengganu akan ditangguhkan bayaran sewa dan sewa beli bagi bulan April dan Mei 2020.
"Insentif ini juga mengambil kira keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang I & II (Kos Rendah) termasuk perkedaian," jelasnya.
Namun katanya, sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, kerajaan negeri berhasrat untuk menangguhkan sewa dan sewa beli sehingga tempoh perintah berakhir.
Justeru beliau sangat berterima kasih di atas pertimbangan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.