lightning-solid
Berita :
Dato' Nara Setia Bersara Sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu
Dato' Nara Setia Bersara Sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu
Ahmad Zaeem Zainudin
1 hari yang lepas
1165

KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Dato' Nara Setia, Dato' Zulkifli Ali dengan rasminya menamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu, petang tadi.

Memulakan perkhidmatan dalam sektor perkhidmatan awam sejak tahun 1991 sebagai Penolong Pentadbir Tanah (Pejabat Tanah Dungun), beliau telah mencurah bakti kepada negeri selama 34 tahun dan 11 bulan.

IMG-20260106-WA0071.jpg 85.81 KB
Dalam tempoh itu, beliau menggantikan Tengku Seri Bijaya Raja, Dato' Seri Tengku Faruk Tengku Abdul Jamil untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Setiusaha Kerajaan Terengganu bermula pada 6 November 2024 sehingga ke hari ini.

Sebagai simbolik persaraan, tepat pada jam 5.00 petang, Dato' Zulkifli mengimbas jari pada sistem kehadiran biometrik buat kali terakhir di Tingkat 15, Wisma Darul Iman.

IMG-20260106-WA0070.jpg 93.94 KB
'Thumb out' tersebut secara tidak langsung telah menjadi pelengkap kepada karier beliau sebagai penjawat awam selepas hampir 2 tahun menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Dalam meraikan momen istimewa itu tadi, beliau juga telah meluangkan masa melawat setiap jabatan dan bahagian, mengimbau  kenangan yang telah dilalui bersama di tempat itu serta menyampaikan pesanan kepada semua anggota dan staf Wisma Darul Iman.

IMG-20260106-WA0074.jpg 90.23 KB
Meneruskan tradisi tahun sebelumnya, keberangkatan pergi Zulkifli diiringi konvoi motorsikal berkuasa tinggi ketika meninggalkan perkarangan Wisma Darul Iman.

Kini, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham, dilantik secara rasmi untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Terengganu berkuat kuasa 10 Januari 2026.

Manakala, kedudukan Pegawai Kewangan Negeri pula akan disandang oleh Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.


Artikel Berkaitan