Pendapatan Syarikat Pelaburan Terengganu Naik Lima Tahun Berturut-turut
Digital Terengganu 2024: Lonjakan Ekonomi Digital Usahawan Tempatan
KUALA TERENGGANU, 23 November - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, merasmikan program Digital Terengganu 2024 di Dewan Besar Grand Puteri, Kuala Terengganu semalam.
Program selama dua hari bermula semalam, Sabtu 23 November itu akan berakhir esok, 24 November.
Program ini merupakan inisiatif beliau dengan kerjasama D&P Process Services Sdn Bhd yang bertujuan membantu usahawan-usahawan Terengganu memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan perniagaan mereka, sejajar dengan arus pembangunan ekonomi digital.
Dalam ucapan perasmian, beliau enegaskan bahawa usaha tersebut adalah sebahagian daripada komitmennya untuk memperkasakan komuniti usahawan dalam parlimen Kuala Terengganu khususnya dan negeri Terengganu amnya agar lebih berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.
"Program ini dijangka menjadi platform penting dalam memperkukuh ekosistem perniagaan digital di negeri ini.
"Program ini tidak hanya habis di sini tetapi akan berterusan lagi dengan program pemantauan dan kelas-kelas khas secara atas talian (online).
"Selepas 6 bulan nanti, semoga D&P Process Services Sdn Bhd dapat melaporkan peningkatan jualan peniaga yang hadir.
"Saya ingin lihat lebih ramai peniaga dari Kuala Terengganu yang berjaya bukan setakat di Terengganu malah di seluruh Malaysia," tambahnya lagi.
Bekas Menteri Sains, Telnologi dan Inovasi itu turut berharap agar usaha Kerajaan negeri, bersama Syarikat-syarikat seperti D&P itu dapat menghasilkan lebih ramai Hero-hero Digital, melalui inisiatif Digital Terengganu.
"Kita berhasrat menggerakkan rakyat kearah ekonomi digital, di samping memastikan negeri Terengganu terus melangkah maju untuk mencapai wawasan Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera, Insya-Allah.
"Selepas 6 bulan nanti, semoga D&P Process Services Sdn Bhd dapat melaporkan peningkatan jualan peniaga yang hadir. Saya ingin lihat lebih ramai peniaga dari Kuala Terengganu yang berjaya bukan setakat di Terengganu malah di seluruh Malaysia," tambahnya lagim