MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA NERUS, 3 Mac - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali telah merasmikan pembukaan Bangunan Baru Surau Al-Firdaus yang menjadi pusat aktiviti penduduk sekitar.
Dr. Khairuddin berpesan dan berharap agar seluruh warga surau serta penduduk Taman Perumahan Telaga Daing dapat memeriahkan dan mengimarahkan surau itu sepanjang masa.
Jelasnya, institusi itu sangat penting bagi seluruh masyarakat bagi memahami dan menyebarkan isu-isu yang berkaitan agama.
“Surau ini perlu dimakmurkan kerana ini penting bagi menyebarkan risalah Islam dalam masyarakat setempat.
“Pahala menyebarkan kefahaman Islam itu sangat tinggi nilainya bahkan pahalanya berjalan hingga kiamat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan Baru Surau Al-Firdaus, di Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perumahan Telaga Daing, Haji Che Kamarudin Che Mat dan pemimpin-pemimpin setempat.
Sementara itu, seluruh warga jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dr Khairuddin merasmikan bangunan baru Surau Firdaus.
"Pihak surau berterima kasih kepada Ustaz Khairuddin kerana merasmikan dan memberi sumbangan untuk membina bangunan baru surau berkenaan.
"Ini menjadi satu detik bersejarah dan kebanggaan kepada masyarakat setempat yang dapat beribadat dengan lebih selesa selepas ini," katanya.
Beliau beramah mesra dengan warga surau. |
Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), telah menyumbang RM20,000 bagi menampung kos-kos pembinaan bangunan baru surau itu yang menelan belanja hampir RM30,000.
Kos yang selebihnya adalah hasil sumbangan orang ramai dan penduduk sekitar kawasan berkenaan.