Dua Pusat Permindahan Banjir Di Kemaman Ditutup


Dua pusat pemindahan banjir di Kemaman yang dibuka pada 26 Disember lalu bagi menempatkan mangsa dari kawasan terjejas akibat hujan berterusan dan berlaku takungan air, ditutup serentak kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, berikutan itu 57 mangsa daripada 14 keluarga yang berada di SMK Badrul Alam Shah, Kemasik  dan 32 mangsa (tujuh keluarga) di Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan cuaca di Terengganu juga dalam keadaan baik.

Tag: