lightning-solid
Berita :
DUN Terengganu Lulus Usul Perbelanjaan Rancangan Pembangunan RM450 Juta
DUN Terengganu Lulus Usul Perbelanjaan Rancangan Pembangunan RM450 Juta
Mohd Irsyadi Abu Bakar
13 Nov 25
467

KUALA TERENGGANU, 13 November - Usul Peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan negeri bagi tahun 2026 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, pada hari terakhir persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DUN Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Dato' Satiful Bahri Mamat yang mencadangkan usul berkenaan, turut memaklumkan kepada sidang dewan bahawa jumlah keseluruhan perbelanjaan pembangunan  yang dibangkitkan bernilai RM450 juta.

"Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) kepada Seksyen (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat ketetapan bersetuju meluluskan Peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan negeri bagi tahun 2026.

"Bagi Pejabat Menteri Besar Setiausaha Kerajaan sebanyak RM418,259,000, Jabatan Kerja Raya (RM2,16 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM200,000) 

"Manakala, Jabatan Daerah Besut, Jabatan Daerah Dungun, Jabatan Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Daerah Kemaman, Jabatan Daerah Marang, Jabatan Daerah Setiu dan Jabatan Daerah Kuala Nerus, berjumlah masing-masing RM500,000," katanya.

WhatsApp Image 2025-11-13 at 11.10.46.jpeg 77.5 KB
Tambahnya, bagi Jabatan Daerah Kuala Terengganu pula, sebanyak RM921,000 diperuntukkan.

Selain itu, Jabatan Tanah dan Galian menerima peruntukan RM10 juta, pelbagai Pembangunan (RM8,96 juta). 

Menurut Satiful, jumlah keseluruhan untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM444 juta.

Setelah ditambah dengan peruntukan Jabatan Bekalan Air berjumlah RM6 juta, jumlah besar perbelanjaan pembangunan bernilai RM450,000,000.

Usul itu disokong oleh ADUN Telemong, Zawawi Ismail serta mendapat sokongan sebulat suara dewan.

WhatsApp Image 2025-11-13 at 12.46.07.jpeg 82.31 KB




Tag :

Artikel Berkaitan