Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Orang ramai membanjiri kaunter pendaftaran Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. |
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal merasmikan Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Ahmad Zahid yang dijangka tiba jam 11.45 pagi nanti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus akan terus bergerak ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu untuk mesyuarat pengurusan PDRM Kuala Terengganu.
Sebelum merasmikan Ekspo Terengganu 2018 pada jam 4.00 petang, Ahmad Zahid akan merasmikan Program GOTV 2314 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.
Lawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan tamat pada jam 6.15 petang ini selepas merasmikan Ekspo Terengganu 2018.