Elemen Kemerdekaan Diwujudkan Di Taman Indah
Oleh: Adli Mohamad
DUNGUN, 25 Ogos-Di antara elemen kemerdekaan seperti keharmoniaan, tenteram, aman damai, serta penduduk saling bersefahaman diantara hasrat yang ingin diwujudkan di Taman Indah, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) melalui Program Gotong Royong kemerdekaan.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Indah, Zakiah Alias berkata, bagi membina dan merancang perkara berkenaan ianya perlu dipupuk dan memerlukan kesepakatan seluruh komuniti setempat.
"Kerana itulah kita telah memanfaatkan geran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kita dapat baru-baru ini untuk kita anjurkan program yang melibatkan semua komuniti agar mewujudkan kemesraan dan kesefahaman," ujarnya ketika dihubungi pihak media, mengulas mengenai Program Gotong Royong kemerdekaan yang diadakan baru-baru ini.
Program itu menurutnya telah melibatkan kesemua peringkat masyarakat, samada kanak-kanak, golongan remaja, tua dan muda.
"Dengan pelbagai aktiviti yang kita diadakan iaitu menaikkan pintu gerbang yang menjadi lambang dan tanda kesepaduan komuniti Taman Indah.
"Disamping adanya program mewarna yang kita khaskan kepada kaum ibu dan kanak-kanak, juga mencuri tumpuan ialah pesta memakan buah-buahan tempatan," jelasnya.
Katanya, program itu diadakan sebagai langkah menyemarakkan hari kemerdekaan yang bakal disambut.