Exco Kerajaan Terengganu Cedera Dalam Kemalangan

KEMAMAN, 4 Mei - Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, cedera ringan selepas kenderaan dinaiki bersama tiga yang lain terbabit kemalangan petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) arah Kuantan, dekat Temerloh, ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju Kemaman.

Selain Hanafiah dan pemandunya, Mohd Zubaidi Zahari, turut berada dalam kenderaan jenis Land Rover itu adalah dua rakan kepada ADUN itu.

Mohd Zubaidi berkata, ketika kejadian kenderaan dipandunya berada di lorong sebelah kanan, sebelum sebuah lori membawa muatan buah-buahan tiba tiba memasuki lorong sama dari sebelah kiri.

"Lori terbabit tidak memberi sebarang isyarat dan menghimpit kenderaan yang saya pandu menyebabkan kenderaan kami hilang kawalan lalu terbalik.

"Saya dan dua penumpang lain hanya cedera ringan, manakala Hanafiah yang duduk di bahagian mengadu sakit pada bahagian belakang badan.

Hanafiah diziarahi oleh rakan-rakan dikediamannya. 

Sementara itu, Hanafiah yang diziarahi oleh rakan-rakan dikediamannya, Kampung Gong Pauh pagi tadi berkata, beliau dan pemandunya serta dua rakannya bersyukur kerana terselamat dan hanya mengalami kecederaan kecil selepas terbabit dengan kemalangan tersebut.


Tag: