Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Hanafiah ( tiga dari kanan ) menyerahkan sumbangan kepada pihak pengurusan tahfiz tersebut. |
Hanafiah yang tiba tidak lama selepas kejadian tersebut meluangkan masa meninjau keadaan pelajar dan bangunan asrama yang hampir musnah keseluruhannya.
Menurutnya, kejadian yang menyedihkan itu berlaku tanpa dijangka dan difahamkan ketika kejadian kesemua pelajar berada di sebuah bangunan lain untuk mengikuti kelas sebelum disedari oleh seorang pelajar yang mahu mengambil wuduk.
Hanafiah Mat |
"Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dan ini amat melegakan saya kerana sebelum ini kita sudah banyak mendengar dan melihat kecederaan dan kehilangan nyawa pelajar pusat tahfiz dalam kejadian kebakaran," katanya.
Hanafiah yang juga ADUN Chukai berkata, bagi membantu meringankan beban mangsa, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan segera berupa tilam, selimut, tuala, tikar dan lain-lain keperluan asas.
"Saya juga sudah bincang dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan MAIDAM akan menghulurkan sedikit bantuan untuk membaiki rumah banglo yang menjadi asrama pelajar anak yatim ini.
"Bagaimanapun, untuk menampung kos pembaikian keseluruhannya kita tidak akan gunakan peruntukan dari kerajaan tapi akan buat kutipan derma daripada orang ramai kerana saya yakin, ramai akan terpanggil untuk membantu pusat tahfiz ini," katanya.
Tambah beliau, berdasarkan kesan kemusnahan, kos baik pulih dijangka menelan belanja sekitar RM20,000 dan dijangka pusat tahfiz itu hanya akan dapat beroperasi semula selepas dua bulan sebaik dahaja kerja baik pulih siap.
Katanya, kerja membaik pulih akan melibatkan penggantian atap, kayu kekuda bumbung dan sistem pendawaian elektrik.
Dalam pada itu, Hanafiah berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kerja - kerja pembaikian asrama pelajar tersebut agar ianya dapat digunakan dalam masa yang singkat untuk pelajar kembali menyambung pengajian mereka di Pusat Tahfiz tersebut.