Hari Pertama Madinah Ramadan Meriah

KUALA TERENGGANU, 31 Mac - 'Madinah Ramadan' telah membuka tiranya semalam dan mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada rakyat negeri ini.

Program yang diadakan pada tahun ini dengan skala lebih besar berbanding tahun lepas  menjadikan dataran Jambatan Angkat sebagai lokasi pilihan.

Rakyat rata-rata ditemui sangat teruja mengimarahkannya kembali setelah dua tahun tidak diadakan kerana pandemik Covid-19 dan tahun lepas hanya diadakan dalam skala yang kecil.

Program bermula seawall jam 6 petang dimulakan dengan 'Diskusi Fiqh' yang membicarakan mengenai ibadat puasa telah disampaikan oleh pendakwah yang tidak asing lagi bagi masyarakat negeri Terengganu iaitu Ustaz Wan Junaidi Wan Jaafar.

Selepas itu orang ramai menjamu selera dengan juadah berbuka puasa yang disediakan secara percuma sepanjang Ramadan sebelum menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Di pertengahan Solat Tarawih yang dilakukan secara lapan rakaat, mereka hadir disajikan dengan penyampaian tazkirah oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim mengenai falsafah di sebalik ibadat puasa agar rakyat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan rukun Islam ketiga itu.

Sebelum bersurai, orang ramai sekali lagi dihidangkan dengan 'moreh' yang turut disediakan sepanjang diadakan Madinah Ramadan ini.

 


Tag: