Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Oleh : Mohd Asraf
KEMAMAN, 29 Jun - Hartanah Terengganu Sdn Bhd (HTSB) optimis mampu mencapai sasaran untuk meraih keuntungan menerusi pelaksanaan ‘Strategic Business Plan 2020-2024’.
Ahli Lembaga Pengarah HTSB, Wan Hapandi Wan Nik berkata, program itu dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan semua bahagian syarikat.
“Program yang diperkenalkan itu adalah strategi pengurusan perniagaan untuk meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan menjamin keuntungan.
"Berdasarkan prestasi semasa, kami yakin mampu mencapai sasaran berdasarkan pelan yang dibuat walaupun baru berhadapan dengan pandemik COVID-19," katanya selepas mesyuarat khas lembaga pengarah, di sini.
Menurut Wan Hapandi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, pelan itu dibuat selaras dengan fokus kerajaan untutk memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkatkan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara.
“Kita akan memastikan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam pengurusan anak syarikat GLC milik kerajaan agar dapat memberi pulangan yang berterusan kepada Negeri Terengganu,” ujarnya.
Sementara itu, HTSB mengalu-alukan kepada orang awam untuk menginap di Kijal Permai Apartment milik syarikat sepenuhnya.