Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Ramadan merupakan bulan ke sembilan dalam kalendar Islam membawa rahmat yang sememangnya dinantikan oleh umat Islam. Selain menahan lapar dan dahaga, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amal ibadah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Atas kesedaran itu, Permai Hotel Kuala Terengganu mengambil satu inisiatif mulia bekerjasama dengan Aman Palestin untuk membantu mengumpul dana `Tabung Bantuan Kecemasan Gaza' bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di Palestin.
Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman berkata, kerjasama tersebut berbentuk derma ikhlas yang akan dikumpul daripada hasil jualan baucar Bufet Ramadan apabila RM1 daripada setiap jualan baucar akan disalurkan kepada Aman Palestin untuk tujuan tersebut.
Menurutnya, pihak Aman Palestin akan memainkan peranan mereka dalam usaha menyampaikan sumbangan itu sehingga tiba ke Bumi Gaza.
Menurutnya, pihak Aman Palestin akan memainkan peranan mereka dalam usaha menyampaikan sumbangan itu sehingga tiba ke Bumi Gaza.
"Dengan kerjasama sebegini, secara tidak langsung umat Islam yang berbuka puasa di Permai Hotel Kuala Terengganu akan turut berpeluang untuk mengejar kerahmatan ganjaran pahala berlipat ganda dengan “Berbuka Sambil Beramal” bersesuaian dengan tema yang dibawa iaitu `Rahmat Iftar'.
“Kami rasa terpanggil untuk bekerjasama dengan Aman Palestin ini setelah mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza baru-baru ini di mana ia telah dibom dan ramai rakyat yang tidak bersalah telah terkorban atau tercedera," katanya sebagai mengulas mengenai hasrat murni hotel itu.
Noralizan berkata lagi, setiap kali Ramadan, menjadi satu kelaziman bagi Permai Hotel untuk menyediakan hidangan utama yang menjadi daya penarik kepada pengunjungnya.
Dalam pada itu, melalui Rahmat Iftar pada tahun ini, hotel itu mengumumkan untuk mengetengahkan hidangan “Roasted Whole Lamb Moroccan Style”.
Kata beliau, hidangan ini dipilih berdasarkan kepada citarasa tetamu yang sering menginap dan menjamu selera di Permai Hotel Kuala Terengganu.
Kata beliau, hidangan ini dipilih berdasarkan kepada citarasa tetamu yang sering menginap dan menjamu selera di Permai Hotel Kuala Terengganu.
Sementara itu, Eksekutif Chef, Mat Andri Abas memberitahu, untuk hidangan istimewa ini, pihaknya mengumpul rempah ratus terbaik untuk mengekalkan rasa enak kambing yang dibakar.
Beliau menjangkakan sebanyak dua ekor kambing akan dihidangkan pada setiap hari dalam Bufet Ramadan pada tahun ini.
Beliau menjangkakan sebanyak dua ekor kambing akan dihidangkan pada setiap hari dalam Bufet Ramadan pada tahun ini.
“Selain itu, kami juga akan mengetengahkan hidangan tradisi Terengganu yang turut menjadi kegemaran ramai iaitu Ketupat Sotong,” tambahnya.
Lebih istimewa, menu berbuka puasa yang disediakan oleh pasukan Chef Permai Hotel pada tahun ini bakal menyajikan lebih daripada 120 juadah istimewa dari seluruh dunia temasuk dari negara Asia lain.
Bufet Ramadan itu akan dibuka sehingga hari terakhir Ramadan. Baucar “Rahmat Iftar” kini sedang dijual dengan harga RM 65.00 seorang.
Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi Permai Hotel Kuala Terengganu di talian 09-622 2122.
Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi Permai Hotel Kuala Terengganu di talian 09-622 2122.