• 20 Sept 2024 | 16 Rabiul Awal 1446

Ilmu Penentu Kejayaan


Pelajar di negeri ini diminta mengekalkan kecemerlangan bukan sahaja dalam pelajaran tetapi perlu berjaya dalam sektor pekerjaan.

Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, berkata semua pihak perlu peka dengan perubahan dunia pendidikan kerana adanya ilmu akan menentu kepada pelbagai kejayaan.

"Kejayaan pelajar dapat pada hari ini juga disebabkan daya usaha dan kerja keras para guru dan disertai dengan doa dari ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka,

"Walaupun kerajaan negeri ada sedikit kekangan kewangan, namun bidang pendidikan tetap diutamakan dalam menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik kepada rakyat."Kata Tengku Putera.

Beliau yang juga berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR dan PT3 Tahun 2016 di Dewan Komuniti Kuala Berang hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Yusrisyam Ibrahim dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu,Jalaludin Ismail.

Katanya, sumbangan itu diharap dapat melonjakkan lagi prestasi kecemerlangan akademik pelajar Terengganu dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akan datang.

Seramai 93 pelajar diraikan membabitkan 16 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan 77 pelajar Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016.


Setiap pelajar menerima wang tunai RM 500 beserta sijil penghargaan.

Tag: