Berita :
Jalan Kg Alor Serdang Ke Jabi Siap Dibaiki
Jalan Kg Alor Serdang Ke Jabi Siap Dibaiki
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
1 jam yang lepas
48


SETIU, 17 Jun – Jalan di Kampung Alor Serdang menuju ke Jabi yang sebelum ini mengalami kerosakan kini telah siap dibaiki dan boleh digunakan dengan lebih selesa oleh penduduk serta pengguna jalan raya.

Ahli Parlimen Setiu, Tuan Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, kerja-kerja baik pulih itu merupakan sebahagian daripada program menaik taraf dan menurap semula jalan-jalan Persekutuan yang rosak secara berperingkat di seluruh Parlimen Setiu.

Menurut beliau, projek-projek tersebut telah diluluskan hasil daripada isu yang dibangkitkan di Sidang Parlimen dan pelaksanaannya bermula sejak tahun 2024.

“Alhamdulillah, banyak lokasi yang telah siap dibaiki, manakala beberapa lagi akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan dan peruntukan yang diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, isu jalan raya sentiasa menjadi antara fokus utama kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat serta aspek keselamatan pengguna.

“Insya-Allah, usaha untuk membaiki jalan-jalan yang rosak dan meningkatkan kemudahan asas di seluruh Parlimen Setiu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa,” ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan