lightning-solid
Berita :
Lepasi Sasaran Awal, 4200 Peserta Nantikan Aktiviti Dalam Hujan
Lepasi Sasaran Awal, 4200 Peserta Nantikan Aktiviti Dalam Hujan
Ahmad Zaeem Zainudin
07 Dec 25
570

KUALA TERENGGANU, 7 Disember - Lebih seribu penyertaan dalam minit akhir bakal menambah seri dan kemeriahan acara tahunan bersinonim dengan musim tengkujuh, International Golden Monsoon Ride & Run 2025 (IGMRR 2205), yang bakal berlangsung 19 sehingga 20 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, angka yang telah dicapai itu merupakan penyertaan terbesar sepanjang IGMRR dilaksanakan.

SYA_7064.jpg 883.87 KB
Menurut beliau, antara penyumbang pencapaian tersebut adalah hasil daripada kesinambungan kreativiti serta pengolahan pendekatan promosi kepada masyarakat umum daripada pihak urus setia IGMRR edisi keenam kali ini.

"Jadi dengan video promosi yang mereka keluarkan, selepas itu mereka juga ada buat 'roadshow' ke beberapa negeri lain untuk memaklumkan mengenai acara ini.

"Kadang-kadang kalau bergantung kepada media sosial semata-mata, ada orang tak perasan pun benda ni. Jadi dia orang pergi kepada kumpulan sasaran.

"Saya dimaklumkan, mereka berjumpa dengan pasukan-pasukan berbasikal di Lembah Klang dan seumpanya untuk memmpelawa menyertai program ini. 

"Jadi, ini usaha-usaha yang telah berjaya meningkatkan penyertaan. Tapi yang paling penting sekali yang dari Terengganu pun ramai juga (penyertaan)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Penyerahan Penajaan IGMRR 2025 di Hotel Primula, di sini baru-baru ini.

IMG_20251204_104613_798.jpg 1.43 MB
Dengan trend sambutan menggalakkan yang semakin meningkat saban tahun - bukan hanya daripada rakyat lokal malah dari negara luar, Hishamuddin positif bahawa acara tahunan berbasikal dalam hujan itu mempunyai potensi untuk diperkembangkan dengan lebih luas.

"Paling menarik pada kali ini penyertaan mencecah 4200 orang. 90 orang dari luar negara.

"Jadi itu menandakan bahawa program ini sudah mula mendapat sambutan dan ia seperti ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat berbasikal seluruh negara untuk menyertai sama dalam penganjuran pada kali ini", tambahnya.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ts. Abdul Karim Endut berkata, 90 orang peserta luar negara yang dimaksudkan merupakan peserta daripada Singapura dan Thailand.

"Peserta yang biasanya (turut serta) peserta yang 'repeat' lah. Dia dah datang sebelum ini dan kali ini dia bawa lebih ramai kawan-kawan dia.

"Memang dua negara sahaja setakat ini tapi dia seperti yang YB Ustaz sebutkan tadi, dia dah mula ada momentum untuk kita tambahkan dalam tahun-tahun yang akan datang," ujarnya penuh harapan.

Jelasnya lagi, kerjasama erat bersama Terengganu Cycling Team (TSG) yang terlibat dengan banyak acara berbasikal diluar negara telah menjadi salah satu saluran dalam mempromosikan IGMRR 2025 di peringkat internasional.

SYA_6669.jpg 1.49 MB
Dalam pada itu, Hishamuddin turut mengambil peluang merakamkan setinggi penghargaan kepada hampir 30 penaja yang yang telah menyumbang dalam pelbagai bentuk sumbangan bagi merancakkan temasya pelancongan berasaskan sukan negeri Terengganu.

"Dan untuk petang ini program ini khusus untuk meraikan penaja-penaja dengan gimik penyerahan penajaan daripada pelbagai syarikat-syarikat dalam dan juga luar, termasuk daripada syarikat-syarikat yang berada di bawah kumpulan Terengganu Inc. 

"Jadi program pada hari ini dijalankan untuk meraikan dan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang menyokong penganjuran IGMR pada kali ini," katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan