Jalur Gemilang
Berita :
SuburAgro Keluaran East Coast Fertilizer Perkasa Keterjaminan Makanan Terengganu
SuburAgro Keluaran East Coast Fertilizer Perkasa Keterjaminan Makanan Terengganu
Hidayah Azlin
17 jam yang lepas
169

SERDANG, 30 Ogos – Sektor pertanian Negeri Terengganu mencatatkan satu lagi pencapaian membanggakan apabila anak syarikat Kerajaan Negeri, East Coast Fertilizer Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan jenama baja tempatan pertamanya, SuburAgro.

Pelancaran bersejarah itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Azman Ibrahim bertempat di Pavilion Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2026, semalam. 

Dato’ Dr. Azman menegaskan bahawa kehadiran baja SuburAgro di pasaran tempatan memainkan peranan penting dalam memperkukuh rantaian nilai sektor agromakanan negeri.

"Pengeluaran baja ini tentu sekali akan membantu mengukuhkan lagi rantaian nilai pengeluaran dalam usaha menjadikan Terengganu sebuah negeri pengeluaran makanan," jelas beliau.

Langkah strategik ini disifatkan sebagai pemangkin utama bagi mengurangkan kos input pertanian serta meningkatkan produktiviti hasil tanaman para petani di Terengganu dan Pantai Timur.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi East Coast Fertilizer Sdn. Bhd., Dr. Mamad bin Puteh bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Tengku Abdul Hadi bin Tengku Md. Fauzi.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu, Tuan Haji Mazli Zakuan bin Mohd Noor, Penasihat Kewangan MBI Terengganu, Tuan Haji Mohd Badarudin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Sdn. Bhd., Encik Hamdan bin Ibrahim, serta Ketua Pegawai Eksekutif Diversatech Fertilizer, Datuk Dr. Haji Muhammad Fairus bin Hussain.

Pengenalan baja SuburAgro sebagai produk sulung East Coast Fertilizer Sdn. Bhd. ini dijangka bakal memberikan impak positif yang berpanjangan terhadap keterjaminan bekalan makanan negara.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan