SEPANG, 18 Ogos - Kontinjen berbasikal Terengganu meraih empat pingat menerusi tiga acara berbasikal lebuh raya pada saingan hari ini.
Dalam acara lepas beramai-ramai individu lelaki, Saniy Syu'aib Mohd Safiee menghadiahkan pingat gangsa kepada Terengganu selepas mencatat masa 02:51:19.

Saniy Syu'aib turut meraih satu lagi gangsa dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan lelaki apabila skuad negeri itu mencatat masa keseluruhan 08:34:21.

Sementara itu, saingan kriterium wanita menyaksikan Terengganu meraih dua pingat menerusi Ameera Alya Md. Zahirrudin yang memenangi perak dengan kutipan 12 mata dan Nur Aieris Madhiah Mohd Adni gangsa (11 mata).

Acara akhir bagi berbasikal lebih raya kategori lepas beramai ramai individu wanita, lepas beramai ramai individu wanita serta saingan criterium lelaki dijadualkan untuk berlangsung esok.
Ketiga-tiga kategori itu akan dijalankan di lokasi sama, Lebuh Raya Sepang International Circuit (SIC) & SIC.