Berita :
Teknologi Pembuatan Kapal, Manifestasi Orang Terengganu Berfikiran Saintifik
Teknologi Pembuatan Kapal, Manifestasi Orang Terengganu Berfikiran Saintifik
Adli Mohamad
1 jam yang lepas
56

KUALA NERUS, 4 April - Pembuatan Kapal di Pulau Duyong merupakan manifestasi masyarakat Melayu di negeri ini memiliki pemikiran saintifik sejak dahulu lagi, sekali gus membuktikan bahawa Tamadun Melayu mempunyai kaitan dengan bidang sains dan tekonologi.

Felo Pengajar  Universiti Pertanian Malaysia, Prof. Dr Abdul Mua'ti Ahmad berkata, ia menjadi bukti bahawa Tamadun Melayu telah mengamalkan pemikiran saintifik  bukan sahaja memiliki tradisi sains berabad lamanya walaupun ia jarang diperkatakan.

"Di Terengganu semua sudah sedia maklum Pulau Duyong meruapakan pusat pembuatan kapal-kapal Melayu termasuk di Selatan Pattani merupakan pusat pembinaan perahu perang sejak dari zaman Kesultanan Melayu Kedah.

"Semua ini merupakan manifestasi daripada kepandaian dalam bidang Kosmologi dan Astronomi tradisional Melayu.

"Kita melihat bagaimana orang Melayu nenek moyang kita membuat kapal dan perahu yang menjadi kenderaan di laut, ini adalah hasil pemerhatian mereka terhadap keseimbangan di atas atas permukaan air.

"Bagaimana orang dahulu boleh tahu bagaimana cara untuk tengelamkan kapal ia juga hasil daripada pemerhatian terhadap bahan dan juga kefahaman terhadap daya kenderaan di permukaan air,"ujarnya.

Beliau berkata demikian keyika berucap di Himpunan Alam Melayu, di Ijtimak Perpaduan Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026, di Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Prof. Dr Abdul Mua'ti Ahmad berkata, tidak tepat jika dikatakan Alam Melayu tidak ada kaitan dengan ilmu sains sedangkan orang dahulu telah terlibat dalam melakukan penyelidikan melalui pemerhatian dan melakukan eksperimen.

"Cuma hakikatnya ia tidak dibungkus dalam bahasa makmal moden, tidak ditulis dalam formula kompleks dan tidak dilabel dengan istillah-istilah barat dengan itu kita mengandaikan Tamadun Melayu tidak saintifik,"katanya.

Jelas beliau, ilmu sains dalam bidang perubatan Melayu telah ditulis orang Melayu sejak dahulu , ia terbukti melalui adanya manuskrip dan kitab perubatan tradisional yang memiliki sistem yang begitu tersusun.

"Orang Melayu sejak dahulu kala memerhatikan simpton ataupun punca dan merawat berdasarkan pengalaman yang ada dan berulang, buktinya orang dulu-dulu kalau penyakit radang diubati dengan kunyit, halia digunakan untuk pencernaan.

"Sireh dijadikan sebagai anti septik ini telah digunakan secara berleluasa dan ia merupakan amalan turun temurun. Oleh kerana itu, kita boleh katakan ini merupakan hasil eksperimen sosial yang berlansung sejak beratus tahun lamanya," katanya.

Katanya, apa yang lebih menarik beliau pernah membaca jurnal perubatan barat yang menjadikan kitab fiqh perubatan Melayu sebagai asas untuk mengubati penyakit lelah.

"Jika orang Cina memiliki terkenal dengan perubatan akupuntur orang Melayu tidak ada tolok bandingnya memiliki ilmu urut mengurut," ujar beliau.

Tambah beliau, Syed Hussein Al-Atas telah menerangkan secara terperinci melalui bukunya Mitos Pribumi Malas mengupas dan mengkritik salah faham kolonial dalam memahami kemiringan terhadap intelektual Melayu yang memiliki kepandaian dan bijaksana dalam segala aspek termasuk dalam bidang sains.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan