lightning-solid
Berita :
Tiga Lelaki Rohingya Ditahan Bantu Siasatan Kes Seksual OKU
Tiga Lelaki Rohingya Ditahan Bantu Siasatan Kes Seksual OKU
Ezani Razali
12 jam yang lepas
275

KEMAMAN, 9 Ogos - Tiga lelaki etnik Rohingya ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan kes jenayah seksual yang melibatkan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) lembam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun ditahan susulan aduan yang diterima pihaknya.

“Pihak polis masih meneliti kes ini dan memberi ruang kepada mangsa sebelum siasatan lengkap dijalankan memandangkan mangsa merupakan seorang OKU intelektual berusia 23 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Razi turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang tidak berasas berhubung kes ini kerana masih dalam siasatan pihak polis.

"Orang ramai perlu berhati-hati menggunakan platform media sosial agar ianya tidak menjadi punca tercetusnya situasi panik, tidak harmoni, menggugat keselamatan dan ketenteraman awam," ujarnya lagi.

Tambah beliau, segala maklumat yang diperolehi mestilah disahkan dahulu dan diyakini kebenarannya.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan yang terburu-buru ke atas mereka yang berketurunan Rohingya dan secara tidak langsung menjuruskan diri mereka dalam jenayah," jelasnya.

Menurut Mohd Razi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Tag :

Artikel Berkaitan