lightning-solid
Berita :
JKM Setiu Salur Bantuan Telus Hampir 4,000 Terima Manfaat Pelbagai Skim
JKM Setiu Salur Bantuan Telus Hampir 4,000 Terima Manfaat Pelbagai Skim
Hidayah Azlin
14 jam yang lepas
138

KUALA TERENGGANU – Kini hampir 4,000 penerima di Daerah Setiu menerima dan menikmati manfaat pelbagai skim bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jawatankuasa Penimbang Bantuan Kebajikan Daerah Setiu menegaskan bahawa tiada sebarang permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ditolak sekiranya pemohon memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, fokus utama kerajaan negeri adalah untuk memudah cara dan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penimbang Kebajikan Setiu menjelaskan, sepanjang lapan tahun beliau menggalas tanggungjawab mempengerusikan jawatankuasa berkenaan, tidak pernah ada mana-mana penerima yang ditamatkan bantuan atas faktor atau perbezaan fahaman politik dan kaum.

"Kita nak tolong rakyat dan salurkan bantuan kepada mereka yang layak. Masuk tahun kelapan saya jadi Pengerusi Jawatankuasa Penimbang Kebajikan Setiu, tak pernah ada seorang pun yang kita tamatkan bantuan kerana alasan politik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang Bantuan Kebajikan Daerah Setiu di Bilik Mesyuarat 2, Wisma Darul Iman, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof serta ADUN Permaisuri, Yusop Majis bersama ahli-ahli jawatankuasa lain bagi meneneliti serta mempertimbangkan permohonan bantuan secara adil dan saksama.

Mengulas lebih lanjut, Dr Azman berkata jumlah penerima tersebut merangkumi bantuan yang disalurkan menerusi peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu mahupun Kerajaan Persekutuan bagi merapatkan jurang sosioekonomi serta meringankan beban kos sara hidup rakyat di daerah tersebut.



Tag :

Artikel Berkaitan