Artikel "Ekonomi" Terkini
Warga Marang Terima Potongan Harga Barang Dapur Sehingga 20 Peratus
Oleh : Mohd Fakhrullah Mohamad
MARANG, 24 Januari - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang menawarkan barangan asas lebih murah antara 15 hingga 20 peratus menerima sambutan baik dalam kalangan masyarakat Marang.
Penganjuran selama dua hari bermula 22 sehingga 23 Januari di Dataran Pejabat Daerah Marang tersebut menawarkan diskaun terhadap...
24 Jan 22
1261
Anak Muda Hasilkan Pes Makanan Sendiri
HULU TERENGGANU, 23 Januari - Warung Santai D'River (WDSR) akhirnya berjaya mengeluarkan produk dengan jenamanya sendiri iaitu Pes Kari Kepala Ikan, Kari Ayam Daging dan Ikan Bakar.
Pemiliknya, Abdul Talib Mohamad, 38, berkata dengan pencapaian awal tersebut, hasratnya selama ini telah tertunai.
Katanya, kejayaan itu hasil bantuan Institut Penyelidikan dan...
23 Jan 22
1129
Bayar Ikut Jadual, Lebih Ramai Dapat Manfaat
HULU TERENGGANU, 23 Januari - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu mengharapkan agar peminjam Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) membayar balik bayaran mengikut jadual bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada skim itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Iskandar Muhammad Aziz berkata, tabung yang diwujudkan bermula pada tahun...
23 Jan 22
1053
Kota Putera Himpun 300 Otai Kenderaan Klasik
BESUT, 22 Januari- Lebih 300 pemilik kenderaan klasik terdiri daripada kereta-kereta keluaran Mercedes Benz dan jenama lain, selain motosikal dan basikal berusia lebih 100 tahun berhimpun di Dataran Limbungan, di sini sejak semalam.
Kenderaan tersebut dihimpunkan sempena Karnival Permotoran Pantai Timur anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
22 Jan 22
1163
Terengganu Inc Tekankan Pematuhan Seksyen 17A Akta SPRM
KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) sentiasa menekankan pemahaman serta pematuhan terhadap Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 (pindaan 2018) dalam operasi kumpulan terbabit bagi gerak kerja berjalan lancar dan berintegriti.
Presiden dan Pengarah Eksekutif, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, seksyen 17(A) merujuk kepada kesalahan...
18 Jan 22
1238
Perwaja Steel Kemaman Bakal Dibangunkan Semula
KEMAMAN, 17 Januari - Kilang Besi Perwaja di Telok Kalong, bakal dibangunkan semula dalam tempoh terdekat.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong berkata pelabuhan Kemaman akan menerima pelabur baharu iaitu JXR Manufacturing yang akan membangun semula kilang Perwaja Steel Kemaman.
"Syarikat yang menghasilkan 'steel billet' ini dijangka mula...
17 Jan 22
9380
Pelabuhan Kemaman Diperbesar Tampung Permintaan Tinggi Pelabur
KEMAMAN, 16 Januari - Kapasiti Pelabuhan Kemaman akan dipertingkatkan lebih empat kali ganda daripada keluasan asal bagi menampung permintaan tinggi pelabur.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, kapasiti pelabuhan kargo akan diperbesar kepada 33 juta metrik tan setahun menjelang tahun 2025.
"Buat masa ini pelabuhan ini...
15 Jan 22
1743
Pendaftaran Program Usahawan Belia Kini Dibuka
KUALA TERENGGANU, 8 Januari – Kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu kini membuka kembali pencarian program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) bagi membantu anak muda membangunkan perniagaan sendiri.
Menurut YPU, antara objektif inisiatif itu ialah untuk membantu warga muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran yang...
08 Jan 22
1623
Terengganu Berjaya Keluar Daripada Trend Membimbangkan
KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Kerajaan Terengganu berjaya mengeluarkan negeri itu daripada trend pengangguran membimbangkan selepas melaksanakan beberapa langkah proaktif sejak pertukaran pentadbiran.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kadar pengangguran di Terengganu pada 2012 hingga 2018 menunjukkan trend...
05 Jan 22
1965
Subsidiari Golden Pharos Berhad Tunai Zakat Perniagaan RM200,000
KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT), subsidiari kepada Golden Pharos Berhad (GPB), mengambil langkah tuntutan hukum syarak menerusi pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM200 ribu.
Bayaran tersebut dibuat oleh syarikat senarai awam yang juga syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu (GLC) bagi tahun kewangan berakhir...
30 Dec 21
1171