• 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445

Kawasan Sawah Padi Jadi Pilihan Berbuka Puasa

HULU BESUT, 31 Mac - Penanam Padi di Hulu Besut membuat kelainan tersendiri apabila menjadikan kawasan sawah padi tempat mereka mencari rezeki sebagai lokasi untuk mengadakan majlis berbuka puasa sehingga tular di media sosial.

Kumpulan pesawah terbabit menjadikan ia sebagai program serta acara tahunan setiap kali Ramadan dengan memilih kawasan lapang dan jalan utama ISU 4 di Kampung Padang Baloh sebagai lokasi iftar.

Program itu menghimpunkan rakan-rakan petani bersama ahli keluarga sekali gus memeriahkan program iftar tersebut.

Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) TPBA, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir berkata majlis berkenaan melibatkan pesawah dari tiga kampung (kg) utama iaitu Kg Padang Baloh, Kg Jeram Melintang dan Kg Gong Resam serta kawasan berdekatan.

"Lebih daripada 60 hidangan telah disediakan untuk memenuhi keperluan pada hadirin dalam majlis berbuka puasa ini.

"kehadiran para pesawah ini mencerminkan semangat kebersamaan di kalangan pesawah," ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu besut, Mohd Husaimi Hussin berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan acara itu sebagai program wajib tahunan.

"Memandangkan sambutan yang baik diberikan oleh para petani dan pesawah," ujarnya.