Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir. Foto - M. Shukri |
KUALA TERENGGANU - Festival Peranakan Terengganu 2018 menambahkan lagi kemesraan dan kebersamaan masyarakat pebagai budaya di antara Melayu, Cina dan India.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, terdapat pelbagai bangsa yang ada di Negeri Terengganu.
“Ini menunjukkan betapa rapat dan mesranya rakyat di sini walaupun mereka berlainan bangsa.
“Apa yang telah menjadi kebiasaan pada orang-orang Melayu di telah menjadi kebiasaan masyarakat Cina,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang media Majlis Peranakan Terengganu 2018 di Kampung Cina, Jumaat,17 Ogos.
Menurut beliau, golongan Cina bukan sahaja mengikuti dari sudut panggilan tetapi juga dari sudut pemakaian dan pemakanan.
Ianya dapat dilihat apabila ramai wanita Tiong Hua yang berpakaian batik kebaya dan mereka pandai membuat kuih serta makan makanan orang Melayu.
“Kita mengharapkan agar festival seperti ini akan menjadi suatu program yang akan menambahkan lagi kebersamaan.
“Bahkan juga persaudaraan di antara masyarakat Cina dan juga Melayu yang ada di negeri Terengganu,” ujarnya.
Justeru, menurutnya, pertukaran nama ‘Mek dan Awang’ adalah natijah daripada kejayaan Festival yang dianjurkan empat tahun sebelum daripada ini.
Tambahnya, target pengunjung yang hadir ialah 120 ribu. Antara pengunjung yang hadir bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Iraq dan Jepun yang turun bersama memeriahkan festival tersebut.