Belanjawan 2025 : Rakyat Mahu Pelancongan Diperkasa Jana Ekonomi
Dalam kesibukan tugas sebagai exco kerajaan tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, menziarahi beberapa pesakit yang sedang dirawat di Hospital Besut, baru-baru ini.
Lawatan mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina itu turut disertai isteri beliau, To' Puan Roslida Daud.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan, perladangan dan Komoditi Negeri itu mengambil masa kira-kira dua jam melawat pesakit sambil beramah mesra dengan mereka.
Seorang pesakit, Ghazali Che Noh, 49, berkata kunjungan pemimpin itu amat mengharukan dan dia turut berterima kasih dengan kesudian wakil rakyat berkenaan meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan sebagai exco kerajaan negeri.
Katanya, kehadiran pemimpin terbabit sedikit sebanyak membangkitkan semangat pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital itu.