Kejutan Budaya Di Universiti, Jangan Mudah Hanyut   


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 22 Ogos- Para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diingatkan supaya menjaga adat ketimuran, menjaga nama baik ibu bapa dan tidak terkena 'kejutan budaya'.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bakal mahasiswa dan mahasiswi perlu perbetulkan niat untuk belajar dengan baik bagi mencapai keputusan yang cemerlang.

"Suasana berada dialam persekolahan sudah tentu berbeza berbanding dengan alam berada di IPTA, jangan sampai kerana terikut dengan budaya mewah dan mengikut rakan-rakan yang tiada sepatutnya, kerana ingin berfesyen akhirnya terjebak mahasiswi terjebak dengan perkara negatif kerana ingin mendapat pendapatan yang lebih, "jelasnya.


Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, ketika meraikan 33 orang bakal pelajar-pelajar cemerlang di DUN Bukit Besi, di sini hari ini.

Jelasnya, sumbangan yang diberikan hanyalah sebagai tanda ingatan, disamping merancang pertemuan bagi meraikan pelajar cemerlang.

"Mereka juga telah mendapat bantuan dari pelbagai pihak seperti yayasan dan sebagainya, namun saya sebagai pegawai penyelaras berbangga untuk meraikan mereka bagi memberi sokongan dan dorongan semangat," ujarnya lagi.

Sementara itu, Bakal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia didalam jurusan Al-Qur'an dan sunnah, Nur Ratina Matunur Kamal Azmi, yang mendapat keputusan 'Jayid Jiddan' didalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berterima kasih diatas majlis keraian berkenaan.

"Segala nasihat yang diberikan akan diikuti sebagai bekalan sepanjang pengajian dan akan cuba menamatkan pelajaran dengan mendapat keputusan yang baik dan merupakan harapan ibu bapa.

"Dengan sumbangan berkenaan dapat meringankan sedikit bebanan bagi menampung kos perbelanjaan untuk ke USIM nanti," katanya.

Tag: