Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Kekalkan Sikap Maufakat Untuk Capai Kemajuan
Masyarakat di negeri ini perlu mengekalkan semangat muhibbah dan pemuafakatan kerana menjadi tunjang kekuatan memacu pembangunan dan kemajuan.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari, kerjasama dan sokongan
yang padu diperlukan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya keamanan ,kesejahteraan dan keharmonian yang dikecapi akan berterusan dan terpelihara.
"Kita perlu menolak anasir-anasir jahat yang suka menghasut,melemparkan tohmahan dan fitnah semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka sahaja,
"Oleh itu,kita perlu bertekad untuk memperbaharui diri dan melangkah ke arah kebaikan, khususnya dalam perhubungan antara satu sama lain,eratkannya sebagai lambang kejayaan kita akan terus teguh dan kukuh demi menjamin masa depan negara,"kata Jailani.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Majlis Tahun Baru Cina Parlimen Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang, semalam
Turut hadir Pengerusi MCA Hulu Terengganu ,Lee Guan Teck,Naib Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu,Yusof Awang Hitam dan kepimpinan tempatan.
Seramai 250 orang masyarakat tionghua diraikan dengan pemberiaan 'angpau' dan limau manis sebagai tradisi murni sambutan Tahun Baru Cina.
Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata keunikan kepelbagaian budaya dan agama adalah salah satu kekuatan negara dan kerajaan Barisan Nasional terus memupuk keunikan ini dengan pelbagai cara.
"Di bawah kementerian saya,budaya bangsa Cina diabadikan dalam setem pos Malaysia dalam bentuk ayam serama,rumah ibadat dan makanan tradisi mereka,
"Ini adalah satu kaedah pihak kerajaan untuk menunjukkan kepada masyarakat mengenai kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia."katanya lagi.