Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 menyerlahkan rasa 'kekitaan' dan kebanggaan terhadap negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program yang turut singgah di DUN itu juga menyerlahkan semangat patriotik dan kemerdekaan yang tertanam dalam diri rakyat.
"Ini merupakan program bersama kerana kita rakyat Malaysia dan kita bersatu hati.
“Pada masa sama, menerusi kembara ini, Dun Kemasik dapat menonjolkan tempat menarik iaitu Pantai Kerteh dan Pantai Kemasik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan peserta kembara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dataran Uptown Kemasik, semalam.
Ketibaan peserta disambut meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh Saiful Azmi serta komuniti setempat.