lightning-solid
Berita :
Kemeriahan Bola Sepak Setiu Bakal Bermula
Kemeriahan Bola Sepak Setiu Bakal Bermula
Ariss Alias
4 jam yang lepas
66

SETIU, 11 Ogos - Kemeriahan bola sepak di daerah Setiu bakal kembali dengan penganjuran dua kejohanan bola sepak 11 sebelah bulan ini. 

Kedua-dua kejohanan berkenaan ialah Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Permaisuri dan Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Langkap, yang mensyaratkan pemain mestilah pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. 


Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Permaisuri dijadual bermula pada 14 Ogos ini, manakala Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Langkap pula bermula pada 21 Ogos dengan penyertaan dihadkan kepada 16 pasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof, berkata kedua-dua kejohanan itu menawarkan hadiah RM2,500 kepada juara, RM1,000 kepada naib juara dan RM500 kepada pasukan tempat ketiga bersama.

Beliau berkata penganjuran kedua-dua kejohanan berkenaan dijangka menambahkan lagi kemeriahan arena bola sepak di Setiu, selain menarik penyertaan pasukan tempatan.

“Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan kepada pemain tempatan untuk beraksi, malah dapat mengukuhkan hubungan dalam kalangan komuniti menerusi aktiviti sukan,” katanya ketika ditemui.


Tag :

Artikel Berkaitan