Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ Perlu Diteruskan - Muhammad Khalil
Muhammad Khalil. |
Oleh: Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ perlu diteruskan bagi memberi kesedaran kepada perokok supaya prihatin akan kesihatan diri dan masyarakat sekeliling.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program tersebut perlu dipraktikkan setiap masa bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan peka dengan situasi semasa.
Jelasnya, kempen dan kesedaran berkenaan secara tidak langsung akan melahirkan individu yang bermanfaat kepada negeri dan negara.
“Kita perlu meningkatkan program-program seperti ini untuk kita memberikan kesedaran kepada masyarakat, ini penting melalui ilmu pengetahuan, hukuman ataupun peraturan yang kita lihat pada hari ini sangat tegas dan kita sangat bersetuju pendekatan yang diambil ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Program Intervensi Terengganu Sejahtera Tanpa Asap Rokok, di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidakan Dan Pembangunan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Anizar Abdul Aziz, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Batu Buruk, Mohd Ismail, Pengerusi MPKK Ladang Hospital, Fairus Idrus dan Pengerusi MPKK Ladang Sehat, Mohammad Yusoff Ismail.
Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut menegaskan, dalam islam perkara yang dilarang akan memberikan kebaikan kepada manusia sama ada ia memberi manfaat ataupun terhindar daripada keburukan.
“Kami dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ini sangat berbesar hati untuk menerima sekiranya ada lagi program-program seperti ini pada masa akan datang.
“Dalam DUN Batu Buruk ini terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan kepada masyarakat khususnya pada hari minggu seperti ini,antaranya Pantai Batu Buruk, Lagun Kuala Ibai dan kawasan-kawasan lain di dalam DUN ini,” katanya lagi.