Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
Kerajaan Komited Tuntut RM1.43b Hutang Persekutuan
KUALA TERENGGANU, 24 Mac – Kerajaan negeri komited untuk menuntut bayaran balik atau 'hutang kerajaan pusat dengan kerajaan negeri' bagi pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan mendapatkan bayaran tersebut secara pembayaran tunai bukannya melalui pembangunan projek-projek di Terengganu.
“Sebagaimana jawapan saya pada sidang yang lalu, pihak kerajaan telah melakukan beberapa kali perundingan termasuklah jawapan daripada Kementerian Kewangan Oktober lalu namun saya sifatkan ia tidak produktif.
“Kini sudah ada petanda yang lebih positif dan kerajaan negeri akan adakan satu perbincangan dengan Menteri Kewangan pada 28 Mac ini bagi penyediaan Kertas Kabinet mengenai isu hutang LPT2 ini,” tambahnya dalam sidang media di Wisma Darul Iman, semalam.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyentuh isu hutang tersebut dalam sesi perbahasan sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Ahmad Samsuri turut menyatakan dalam sesi penggulungan bahawa jumlah tuntutan balik adalah sebanyak RM1.85 bilion dan telah menerima bayaran balik sebanyak RM418.5 juta dalam bentuk projek serta RM200 juta secara pendahuluan tunai.
Projek tersebut termasuklah Jalan FT3 Awana Kijal sebanyak RM118.5 juta dan Projek Perumahan Mampu Milik sebanyak RM100 juta.