Keseronokan Tiga Sekawan Berakhir Tragedi

DUNGUN, 2 Mac- Keseronokan tiga sekawan yang mandi di Pantai Teluk Lipat berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka ditemui mati lepas tidak jauh tempat kejadian.

Mangsa, Ahmad Aril Farhan Mat Zin, 11, sempat menyelamatkan diri manakala dua lagi rakannya Mohamad Atiff Farroqi  Zainuddin, 11 tahun dan Mohammad Danish Mikael, 9, gagal berbuat demikian. 

Menurut ibu Ahmad Aril Farhan, Noranizam Muhamad, 47,  mereka bertiga yang tinggal di Kampung Alur Tembesu berjalan kaki ke pantai itu.

"Ketiga-tiga orang tu mandi, anak saya berjaya selamatkan diri sebab dia mandi dekat air yang tidak berapa dalam," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pasukan B Bomba Daerah Dungun, PBK I (KUP) Mohd Zaiharis Sandar berkata semua mangsa telah dijumpai sebelum jam 7.00 petang tadi. 

"Mula-mula ditemui  ialah Mohammad Danish Mikael dan diikuti Mohamad Atiff Farroqi. 

"Mangsa pertama dijumpai pada jarak 150 meter pada jarak tempat yang dipercayai dia mandi dan lemas," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian petang tadi.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli serta Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang kebetulan berada di Dungun turut bergegas ke tempat kejadian. 

Dr Siti Mastura turut menenangkan ibu yang anaknya dikhuatiri lemas.

Wan Hassan yang berterima kasih kepada pasukan pencari dan penyelamat (SAR) dan orang ramai sehingga kedua-dua mangsa berjaya ditemui.

"Alhamdulillah kesemua mangsa telah pun ditemui sebelum jam 7 malam tadi. Terima kasih kepada semua warga Dungun yang mendoakan agar dipermudahkan urusan pencarian mangsa lemas tadi. Insya-Allah semoga syurga buat mereka," ujarnya


Tag: