Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini


Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-kerja pembinaan kompleks jeti berkenaan siap sepenuhnya baru-baru ini.
"Jeti menempatkan terminal jeti untuk feri dan bot ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah,” katanya.
Rosdi berkata, kompleks jeti itu mempunyai ruang perniagaan dan tempat menunggu yang selesa di samping dataran ketibaan dan kaunter tiket.
Tambahnya, usaha menaik taraf jeti ini selaras dengan status jeti sebagai laluan utama ke beberapa pulau peranginan.
Majlis penerangan penguatkuasaan daripada Jabatan Laut Wilayah Timur dan penyerahan surat kebenaran operasi jeti kepada pengusaha bot pelancongan diadakan di jeti itu, hari ini.

Tag: