Koperat Edar 1,500 Jalur Gemilang

Pengurus Besar dan bahagian pemasaran KOPERAT.
KUALA TERENGGANU - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sendirian Berhad (Koperat) mengedarkan 1,500 bendera Malaysia kepada pengguna jalan raya dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

Pengurus Besar Koperat, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong berkata, usaha kecil ini merupakan sumbangan pihak syarikat dalam menunjukkan semangat cintakan negara sempena sambutan kemerdekaan ke- 61 yang bakal tiba.

"Kami agihkan bendera kerana kita dapati akhir-akhir ini, semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin berkurang.

"Jadi kami berharap sumbangan kecil Koperat ini dapat membantu kibaran semangat merdeka dikalangan pengguna jalanraya terutamanya," katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Pengagihan Jalur Gemilang di Pantai Batu Burok, di sini, baru-baru ini.

Sayed Abdul Rahman.

Sayed turut memaklumkan Koperat mengadakan pelbagai program setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan negara.

"Tahun ini juga, kami akan mengadakan program Futsal Merdeka yang menjadi acara tahunan syarikat. 

"Kali ini, ia akan berlangsung di Kemaman," katanya sambil berharap kemerdekaan disambut penuh keharmonian antara pelbagai bangsa Malaysia.

Pek berisi bendera dan air mineral diedarkan kepada pengguna jalanraya.



Tag: