• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Kos Hidup Meningkat, Paksa Rakyat Cari Pendapatan Lebih

Oleh: Fatimah Din 

MARANG, 24 Julai - Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup memaksa rakyat melakukan lebih daripada satu pekerjaan.

Seorang pengusaha pizza, Syazwani Sabari, 38, yang bertugas sebagai seorang kerani di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu tidak hanya mengharapkan gaji dalam bidang terbabit sahaja.

"Bagi saya kita kena rajin mencari duit lebih, tak memadai hanya bergantung pada gaji semata-mata dengan kos sara hidup yang keras sekarang ini," ujarnya ketika ditemui pihak media, semalam. 

Syazwani yang pada awalnya mengusahakan perniagaan pizza secara kecil-kecilan dengan bermodalkan RM500 bantuan keluarga, kini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.
 
"Selain menjual pizza saya turut menyediakan perkhidmatan menjual 'pizza surprise bouquet', melukis gambar pada kotak, jualan kek dan roti.

"Setakat ini empat kawasan, saya, suami dan kedua ibu bapa saya membuat penghantaran pizza iaitu di daerah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kuala Berang," jelasnya. 

Beliau juga menyimpan cita-cita untuk mempunyai sebuah kafe yang menyediakan kopi serta makanan pencuci mulut yang menjadi tarikan golongan muda. 

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pizza 'home made adammarlicious' bolehlah menghubungi di nombor 0199481473 (Wani) dan 0199908385 (Azrul) atau ke laman muka buku 'adammarlicious'.


Tag: