Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac).
Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka akan hadir ke Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.
Beliau dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya.