• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Lebih 50 Buah Rumah Rosak Dibadai Ribut

MARANG, 18 Julai- Hujan lebat beserta angin kencang yang melanda DUN Rhu Rendang semalam telah mengakibatkan lebih 50 buah rumah di beberapa kawasan di sini terjejas dan mengalami kerosakan. 

Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Najmuddin Rani berkata, rumah yang terjejas adalah masing-masing satu dari Kampung Seberang Pantai, Bukit Gasing, Kampung Bukit Kecil dan sebahagian kampung lain.

Beliau berkata, juga turut terjejas, sebuah rumah di Kampung Seberang Pantai yang mengalami kerosakkan yang teruk dan lebih malang lagi ahli keluarga rumah tersebut baru sahaja meninggal dunia.

"Bagaimanapun jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian ini masih dalam bancian.

"Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa dan beberapa tempat yang terputus bekalan elektrik.

"Setakat ini kami sedang mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan membuat kiraan jumlah kerosakkan," katanya, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semasa meninjau keadaan, di sini, semalam. 

Najmuddin berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.

 

 

 


Tag: