KUALA TERENGGANU, 17 September - Lebih 700 peserta menyertai program Kayuhan Malaysia Sejahtera di sekitar bandar raya ini bersempena Hari Malaysia semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, aktiviti yang turut disertai pelbagai lapisan masyarakat tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.
Di samping itu juga, program berkenaan yang melalui jarak sejauh 35 kilometer adalah sebagai langkah pihak kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
Di samping itu juga, program berkenaan yang melalui jarak sejauh 35 kilometer adalah sebagai langkah pihak kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Sempena Hari Malaysia ini saya mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua, dan semoga program ini memberi kesan kepada rakyat Terengganu bagi mendepani hari-hari mendatang,” ujarnya ketika berucap melepaskan peserta kejohanan di Dataran Batu Burok, semalam.
Turut hadir memeriahkan aktiviti tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.
Ikonik baharu Terengganu, ‘Drawbridge’ dan Jambatan Sultan Mahmud menjadi dua lokasi utama yang dilalui para peserta.
Selain untuk menikmati keindahan suasana dan destinasi menarik di setiap laluan, para peserta turut mengibar Jalur Gemilang sepanjang kayuhan itu berlangsung.
Peserta melalui jambatan angkat. |