• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Masyarakat Cina Diminta Terus Menyokong Kerajaan BN


A Latif  bersama beberapa tetamu lain mengaul yee sang pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai", malam tadi 


Masyarakat Cina di Marang  diminta tidak berpecah belah dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Undangan Negeri  (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang, berkata masyarakat Cina memerlukan wakil rakyat yang kuat untuk menyuarakan keperluan serta kehendak kaum itu kepada kerajaan negeri dan pusat.


Katanya, dia  yakin sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan adalah padu.
“Tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang sebaliknya menolak persepsi negatif pembangkang mengenai kerajaan, “ katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai" peringkat  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di  Dewan SJKC Chong Hwa Wakaf Tapai, malam tadi.  

Hadir sama Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed,

Kira-kira 800 tetamu masyarakatt Tiong Hwa dan Melayu hadir meraikan majlis yang dihidangkan pelbagai menu istimewa, termasuk yee sang, nasi minyak, kuih bakul dan pelbagai menu istimewa.




Tag: