MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
Mayat Lelaki Lemas Ditemui
Razhi Razak |
Mayat Rhazi Razak, 32, ditemui terapung di muara sungai tersebut dengan berpakaian lengkap oleh anggota mencari dan menyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.
Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Bahagian Operasi, Mohd Mazimi Mohammad ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari yang menjalankan pencarian di permukaan air pada pukul 8.45 pagi.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada jam 7.00 pagi melibatkan seramai 51 orang anggota dari JBPM, Angkatan Pertahanan Awam, polis dan orang ramai.
"Operasi pada hari ini melibatkan jarak pencarian pada radius yang besar bermula di lokasi mangsa terjatuh sehingga ke muara sungai melibatkan aktiviti pencarian di permukaan air dan di perisisir sungai.
"Mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam yang membantu dan ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian kemeja-t dan berseluar jeans," katanya.
Sementara itu, pihaknya turut mendapatkan khidmat pasukan skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai untuk melakukan selaman namun operasi tersebut tidak dapat dijalankan berikutan mayat mangsa telah ditemui lebih awal.
"Keadaan laluan di sepanjang muara yang sibuk dengan bot nelayan dan air pasang serta arus yang deras menyukarkan sedikit operasi mencari dan menyelamat namun kita bersyukur mayat mangsa telah ditemui," ujarnya.
Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.10 pagi.
Mayat mangsa dibawa naik ke jeti untuk diserahkan kepada pihak hospital. |
Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 7.04 petang telah bergegas ke lokasi kejadian bersama 9 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun. Operasi pencarian di sekitar tebing sungai telah dilakukan namun tidak berjaya menemuinya.