• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

MB Berbuka Puasa Bersama Warga Dungun

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.

Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.


Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 200 penduduk kurang bernasib baik terdiri daripada warga emas, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sebelum itu, beliau turut menziarahi keluarga Megat Mahyuddin Megat Hanafiah, 64, dan Mohd Amran Razak,44, dari Kampung Raja Wali Pulau Serai, Dungun serta menyampaikan bantuan masing-masing perabot dan kabinet dapur kepada dua keluarga tersebut menerusi program jom bantu rakyat.



Tag: