MB Nafi Cadangan Senarai Calon PRU Ke-14


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan senarai cadangan calon tidak rasmi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, UMNO negeri tidak pernah  mengeluarkan senarai calon kerana belum diminta oleh Majlis Tertingggi UMNO dan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

 "Kita bersiap sedia menghadapi PRU tetapi ada gangguan yang sedang dilaksanakan termasuk mengedarkan senarai nama calon bagi PRU ke-14 dengan tujuan untuk menimbulkan konflik antara sesama ahli UMNO.

"Saya tidak tahu apa tujuan senarai itu dikeluarkan sedangkan ia bukan daripada sumber sahih dan sepatutnya pihak yang berkenaan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber tepat sebelum ia diedarkan,"katanya.

Menurutnya, UMNO negeri belum menghantar senarai calon berkenaan dan bagaimana pula hendak ditafsirkannya sebagai bocor.

"InsyaAllah, perkara ini tidak akan menjadi satu halangan sebaliknya kita perlu memperkukuhkan jentera bagi menghadapi PRU ke-14," katanya
.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Himpunan Jentera Penerangan UMNO Terengganu PRU 14: BN Lebih Perkasa di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam


Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Datuk Annuar Musa; Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Dato' Rosni Zahari dan Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryaty Hamdzah.

Tag: