• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

MBKT Minta Peniaga Bazar Tidak Abai Kebersihan



Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengingatkan 2,360 peniaga di Bazar Ramadan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus  agar tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengadakan pemantauan dan penguatkuasaan di setiap bazar secara berjadual bagi memastikan aspek berkenaan sentiasa diberi keutamaan.

“Semua peniaga perlu mengetahui tatacara penyediaan makanan yang betul termasuk tidak menyiapkan juadah terlalu awal bagi mengelak makanan cepat basi dan memudaratkan kesihatan pelanggan.

“Pengguna pula perlu berhati-hati semasa membeli makanan, bukan hanya melihat kepada rupa, tetapi juga mengambil kira kualiti makanan dan membeli makanan yang bertutup, supaya tidak terdedah kepada risiko keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Menurutnya, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak, peniaga dan pekerja sentiasa diberi tumpuan dalam keghairahan orang ramai untuk berniaga pada musim ini.


Tag: