MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
Oleh: Muhd Afiq Zohir
BESUT, 3 Mac - Kuliah agama yang diadakan di Medan Ilmu Jerteh terus mendapat sambutan pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, program yang berlangsung pada awal pagi Jumaat menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan isu semasa, agama dan kekeluargaan yang disampaikan.
“Semangat seperti ini amat penting bagi memastikan kita tidak ketinggalan dengan arus perkembangan masa kini.
“Kita berharap agar suasana ini berterusan dalam usaha kerajaan negeri untuk membentuk masyarakat sejahtera,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.
Kuliah Medan Ilmu Jerteh bermula pada jam 9 hingga 11 pagi, bertempat di tengah-tengah pusat bandar Jerteh yang membawa suasana ilmu kepada masyarakat setempat selaras saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mahukan hari Jumaat sebagai ‘hari ilmu’ bagi rakyat Terengganu.