• 17 Sept 2024 | 13 Rabiul Awal 1446

Miskin Tegar di Terengganu Turun Kepada 1,193 Keluarga

KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kadar kemiskinan tegar di Terengganu mencatatkan penurunan kepada 1,193 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 1 Julai lepas, berbanding 6,632 pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata penurunan angka berkenaan merupakan hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui pelbagai agensi.

“Besut mencatatkan jumlah miskin tegar tertinggi iaitu seramai 229 KIR diikuti Kuala Terengganu (212), Kemaman (164), Kuala Nerus (132), Setiu (123), Dungun (115), Hulu Terengganu (111) dan Marang (107).

“Senarai Miskin Tegar yang dikunci pada 31 Januari 2023 sebanyak 6,632 telah berjaya disifarkan dari status miskin tegar melalui penyaluran bantuan dengan kerjasama dari agensi pemberi bantuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dr Riduan Mohamad Nor pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Selain itu, Maliaman berkata tindakan pengemaskinian maklumat pendapatan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan itu.


Tag: