Negara Haram Israel Menghitung Hari Kehancuran

ALOR SETAR, 15 November - Negara haram Israel sedang menghitung hari kejatuhannya walaupun hari ini bala tenteranya sedang menembak, mengebom, menyerang, membantai  penduduk di Gaza. 

Pengerusi, Sekretariat #Aid4Palestine, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata negara yang tertegak di atas jasad-jasad kanak-kanak, wanita-wanita yang dibunuh dengan kejam, tidak akan kekal dan pasti jatuh. 

"Bayangkan, bumi  Gaza yang begitu kecil hanya 42 km panjang lebih kurang 7 km lebar dihuni oleh lebih 2 juta rakyat Palestin dikepung berbelas tahun daripada darat, udara dan laut," ujarnya.Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu berkata demikian ketika berucap Himpunan Solidariti Untukmu Palestin di pekarangan Stadium Darul Aman pada malam ahad lalu. 

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad; Pengarah Himpunan Solidariti Untukmu Palestin, Mohd Azam Abd Samat;  Penasihat Yayasan Kedah Sejahtera, Datuk Ahmad Yahaya dan Pengerusi Yayasan Kedah Sejahtera, Musoddak Ahmad.

Di majlis tersebut juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Kerajaan negeri Kedah berjaya mengumpulkan sumbangan RM2.07 juta untuk membantu rakyat Palestin yang sedang  dizalimi oleh  Zionis Israel. 

Beliau turut mengingatkan jihad untuk membebaskan bumi Palestin hukumnya adalah fardu ain ke atas setiap setiap umat Islam lebih-lebih lagi saudara-saudara seIslam di bumi Palestin. 

"Setiap umat Islam di seluruh pelusuk  dunia wajib berjihad mengikut cara, kaedah dan  kemampuan masing-masing paling kurang doa pada Allah," jelasnya.


Tag: