Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Operasi Ajak Umat Islam Solat Jumaat
Oleh: Aslam Wira
MARANG, 27 September - Operasi seruan menunaikan solat Jumaat yang bertujuan memberi peringatan awal kepada umat Islam di daerah ini dimulakan di kira-kira 12.30 tengah hari ini.
Langkah itu bertujuan untuk membuat menghebahkan kesalahan undang-undang syariah kerana tidak menunaikan solat Jumaat bagi lelaki yang waras, baligh dan berakal
Ketua Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR), Nasaruddin Samsudeng, berkata dalam memperkasakan syariah dan menyahut seruan kerajaan negeri ‘Terengganu Maju Berkat Sejahtera, operasi itu diteruskan sebelum membuat tangkapan bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran
“Untuk pengetahuan umum, kesalahan tidak menunaikan solat jumaat adalah di bawah seksyen 16, Enakmen kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, yang akan dikenakan denda maksimun RM3000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.” katanya
Beliau berkata berkata demikian ketika ditemubual Urusetia Penerangan Darul Iman di Pejabat Agama Daerah Marang sebaik sahaja selesai operasi tersebut.
Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Marang, Yusuf Abdul Hadi menjelaskan, usaha untuk memperkasakan syariah ini akan terus disokong dan dibantu supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai lebih-lebih lagi muslim.
Katanya, program hebahan dan seruan pada hari ini, dengan cara memasang pembesar suara di kawasan penjaja, dan tempat awam adalah salah satu langkah memberi kesedaran awal sebelum Pejabat Agama Daerah Marang mengambil tindakan
“Saya telah mencadangkan satu usaha kepada Majlis Daerah Marang bagi mewujudkan dan menambah bilangan papan tanda peringatan tentang kesalahan-kesalahan syariah.”katanya
Menurutnya, papan tanda tersebut akan dipasang di tempat-tempat rehat dan rekreasi yang menjadi tumpuan ramai seperti di Pulau Kekabu serta Pantai Peranginan Kelulut.
"Saya berharap orang ramai dapat bersama-sama melakukan amar makruf nahi mungkar di tempat dan kawasan kita, supaya memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah SWT.
"Operasi kali ini disertai oleh lebih 10 orang sukarelawan termasuk dua Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) daripada Pejabat Agama Daerah Marang," katanya.