Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
KUALA TERENGGANU, 2 Februari- Pemimpin PAS sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes dakwaan ada pengundi menerima wang untuk mengundi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan, mana-mana pemimpin PAS yang dipanggil SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada pemimpin PAS negeri ini yang dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dakwaan tersebut.
“Saya tidak pasti (tentang siasatan pengundi didakwa menerima wang tunai) dan siapa yang sudah dipanggil (SPRM) dan sebagainya.
“Tapi saya rasa SPRM akan menjalankan siasatan dengan telus, setakat ini belum ada kepimpinan yang dipanggil dan kita bersedia bekerjasama dengan SPRM dan mana-mana pihak untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan SPRM mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu pada PRU15, baru-baru ini.
Portal berita itu yang memetik sumber SPRM berkata, ia sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap video tular yang menunjukkan orang ramai menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi.